25 Jun 2024 (Selasa) | 2.30 petang – 4.00 petang
Tempat: Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Medini
MBIP telah menjalankan latihan kebakaran bersama 12 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Iskandar Puteri.
Taklimat keselamatan disampaikan mengenai langkah awal jika berlaku kebakaran dan cara menyelamatkan diri. Anggota bomba turut memberi tunjuk ajar:
- Memadam kebakaran kecil menggunakan alat pemadam api
- Cara memadamkan tong gas di rumah sekiranya berlaku kebocoran
Latihan ini diberikan kepada kakitangan MBIP, pengusaha kantin, syarikat pengurusan fasiliti, dan orang awam.
Proses pengungsian bangunan (building evacuation) direkodkan untuk analisis dan panduan latihan seterusnya. Para pemerhati melakukan headcount bagi memastikan semua pekerja keluar dengan selamat.
Secara keseluruhannya, latihan keselamatan kebakaran adalah aspek penting bagi memastikan tempat kerja lebih selamat.